Kerajaan BN tumbang di Perlis

in Politik by

Keputusan tidak rasmi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis menyaksikan kerajaan BN tumbang selepas 65 tahun memerintah negeri berkenaan sejak merdeka.

ARAU – Keputusan tidak rasmi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis menyaksikan kerajaan BN tumbang selepas 65 tahun memerintah negeri berkenaan sejak merdeka.

Perikatan Nasional (PN) bakal membentuk kerajaan baru selepas berjaya memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan di Parlimen Padang Besar dan Arau.

Gabungan itu juga berjaya memenangi tiga kerusi DUN Bintong, Sena dan Kayang manakala Pakatan Harapan (PH) menang di DUN Indera Kayangan dan Kuala Perlis.

Sehingga pukul 12.30 tengah malam Ahad, hanya keputusan Parlimen Kangar belum diketahui.