PN membentuk kerajaan di Perlis

in Politik by

Calon Perikatan Nasional (PN) tiba di pusat penjumlahan undi di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau bagi pengumuman rasmi keputusan PRU15 kawasan Parlimen Arau. – Foto Bernama

PUTRAJAYA – Perikatan Nasional (PN) secara rasminya membentuk kerajaan di Perlis selepas memenangi 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang akhbar secara berkala sebentar tadi.

“Bagi keseluruhan pengundian, sehingga jam 2 pagi, PN memenangi 14 kerusi dari 15 dan memperolehi suatu majoriti lebih 50 peratus daripada kerusi dipertandingkan,” katanya.

Menurut Abdul Ghani, jumlah pengundi DUN Perlis adalah 76.94 peratus.