Tiada parti capai majoriti mudah 112

in Politik by

Laporan muka depan Sinar Ahad.

SHAH ALAM – Malaysia mungkin menghadapi fenomena Parlimen dan ‘kerajaan tergantung’ susulan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu menunjukkan tiada satu gabungan parti politik sama ada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) mahu pun Perikatan Nasional (PN) memperoleh majoriti mudah, atau menang 111 daripada 220 kerusi Parlimen.

Keputusan tidak rasmi dikeluarkan portal http://www.myundi.com.my/ setakat jam 12 tengah malam tadi menunjukkan PH paling banyak menang kerusi dengan 65 kerusi, diikuti PN sebanyak 43 kerusi, Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebanyak 21 kerusi, manakala BN hanya 18 kerusi dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tiga kerusi serta lain-lain (tiga)

Portal berkenaan juga melaporkan PH secara rasmi sudah menang di 17 kerusi Parlimen termasuk di Bagan yang ditandingi Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan adiknya, Lim Hui Ying di Parlimen Tanjong; RSN Rayer di Jelutong; Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Kuala Selangor.

Baca berita penuh ‘Tiada parti capai majoriti mudah 112’ di Sinar Premium.