Zahid perlu berundur, beri ruang penstrukturan semula UMNO

in Politik by

Zurainah pada sidang akhbar desak Ahmad Zahid melepaskan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO pada Ahad.

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO Wilayah Persekutuan meminta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab atas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zurainah Musa berkata, Ahmad Zahid perlu meletak jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO dengan serta-merta.

Menurutnya, UMNO memerlukan penstrukturan baharu untuk mendepani dan menjadikan parti itu sebagai pilihan rakyat pada masa akan datang.

Kami menginsafi dan menyedari kekalahan yang berlaku pada semalam. Kami sifatkan PRU14 adalah rakyat menegur BN akan tetapi PRU15 rakyat menolak BN.

“Ahmad Zahid wajib bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penolakan rakyat terhadap UMNO/BN,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Wanita UMNO Wilayah Persekutuan Medan Tuanku pada Ahad.

AKAN MENYUSUL