1,630 kes baharu Covid-19

in Koronavirus by

Sebanyak 1,630 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin.

SHAH ALAM – Sebanyak 1,630 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan tiga kes import dicatatkan.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak dua kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan.

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,595 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 26,798 kes, dengan 24,847 kes atau 92.7 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,857 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 94 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 55 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Isnin ialah 1,989 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,903,906 kes.