'Dah hantar surat akuan berkanun ke Istana Negara' – Hadi Awang

in Politik by

Abdul Hadi ditemui media selepas keluar dari kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

BUKIT DAMANSARA – Perikatan Nasional (PN) hanya menunggu masa untuk dijemput ke Istana Negara selepas mendakwa mempunyai majoriti kerusi untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PN telah menghantar surat akuan berkanun daripada Ahli Dewan Rakyat ke Istana Negara.

“Sudah cukup (sokongan) dan telah dihantar ke Istana Negara.

“Tunggu diundang bila-bila masa sahaja,” katanya kepada media selepas keluar dari kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.