DAP sokong keputusan kepimpinan tertinggi PH

in Politik by

Guan Eng

GEORGETOWN – DAP akan menyokong sebarang keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) berhubung gabungan bersama BN bagi membentuk kerajaan Pusat.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan yang bakal dibuat adalah keputusan bersama yang mana DAP merupakan sebahagian daripada PH.

“Kita sebahagian daripada PH, jika ada gabungan (bersama BN) yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi PH, maka kita sokong,” katanya ketika ditemui di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Isnin.

AKAN MENYUSUL