Muhyiddin ulangi pendirian miliki cukup sokongan

in Politik by

Muhyiddin (dua dari kanan) ketika menghadiri mesyuarat Bersatu di salah sebuah hotel di sini pada Ahad.

SHAH ALAM – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian dirinya memiliki bilangan sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada Isnin.

Jelasnya, sokongan itu bukan sahaja membabitkan ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan bebas tetapi juga ahli Dewan Rakyat lain secara individu.

“Insya-ALLAH esok akan dapat kemukakan akuan bersumpah bahawa kita ada sejumlah ahli Parlimen (menyokong untuk membentuk kerajaan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebaik selesai mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di salah sebuah hotel di sini pada Ahad.

Sementara itu, ditanya mengenai penafian Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu pernah berunding dengan GPS untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama PN dan keadaan itu mungkin merisikokan ahli Parlimen daripada BN yang kemungkinan menyokongnya.

Muhyiddin menjelaskan, Undang-undang berkaitan larangan ahli Parlimen tidak mengakibatkan ahli Dewan Rakyat kerana tiada halangan untuk mereka berbuat demikian.

“Memang tidak melanggar peruntukan akta itu (kerana) mereka tak keluar daripada parti tetapi mereka secara individu (iaitu) ahli Parlimen datang secara bebas memberikan sokongan kepada saya.

“Jadi, ia tidak melanggar akta lompat parti lah,” jelasnya.

Pada Ahad, Ahmad Zahid menafikan partinya pernah berunding dengan GPS untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama PN.

Presiden UMNO itu turut menegaskan, tiada sebarang rundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud adanya persefahaman penubuhan kerajaan bersama gabungan tersebut.

Sehubungan itu katanya, mana-mana ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen, selaras dengan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

bakal mengakibatkan ahli Parlimen daripada BN yang kemungkinan menyokongnya bakal berdepan tindakan di bawah Undang-undang berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, Muhyiddin menegaskan ia tidak menghalang mereka berbuat demikian

ditanya mengenai Undang-undang berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti yang boleh dikenakan sekiranya ada ahli Dewan Rakyat menyokong beliau secara individu, Muhyiddin menjelaskan ia tiada halangan untuk mereka berbuat demikian.

“Memang tidak melanggar peruntukan akta itu (kerana) mereka tak keluar daripada parti tetapi mereka secara individu (iaitu) ahli Parlimen datang secara bebas memberikan sokongan kepada saya.

“Jadi, ia tidak melanggar akta lompat parti lah,” katanya.