Anwar PM10?

in Politik by

Anwar Ibrahim.

SHAH ALAM – Beberapa media melaporkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara sebentar tadi.

Sebelum ini, Seri Paduka Baginda menitahkan Anwar dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap pada jam 4.30 petang selepas tiada ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti.

Kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat keluar dari Istana Negara pada jam 5.10 petang.

Petugas media ketika ini sedang menanti Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengadakan sidang media di pintu 2 Negara.