Denggi: Hulu Selangor rekod 28 kes baharu

in Edisi by

Info dimuat naik di laman Facebook Unit Promosi Kesihatan Hulu Selangor memaklumkan, Batang Kali menunjukkan laporan kes paling tinggi dengan 46 kes.

SHAH ALAM – Sebanyak 28 kes baharu demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-46 (13 November sehingga 19 November) menjadikan kes kumulatif sebanyak 593 kes bagi daerah Hulu Selangor.

Berdasarkan info dimuat naik di laman Facebook Unit Promosi Kesihatan Hulu Selangor memaklumkan, Batang Kali menunjukkan laporan kes paling tinggi dengan 46 kes dan diletakkan dalam senarai lokaliti wabak ‘hotspot’.

Kawasan lain yang turut diletakkan dalam senarai lokaliti wabak ‘hotpot’ adalah Apartment Dahlia, Bukit Beruntung dengan jumlah 10 kes dilaporkan.

Menurut info sama, Jalan Inai, Bukit Beruntung yang disenaraikan dalam senarai lokaliti wabak tidak terkawal pula mencatatkan sejumlah lapan kes.

Sementara jumlah kes paling tinggi di lokaliti wabak terkawal pula ialah sebanyak tujuh kes di Apartment Seri Tulip, Bukit Sentosa dan diikuti tiga kes di Apartment Anggerik, Bukit Beruntung.

Empat lagi kawasan masing-masing dua kes disenaraikan di lokaliti wabak terkawal ialah Apartment Teratai, Bukit Beruntung, Apartment Mawar Prima Beruntung, Jalan Tanjung, Bukit Sentosa dan Jalan Meranti 2, Batang Kali.