Kucing Anwar curi tumpuan media

in Politik by

Seorang petugas media memegang kucing milik Anwar yang dikenali sebagai Billy.

KUALA LUMPUR – Kucing milik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri tumpuan media apabila datang ke arah petugas media yang menunggu di hadapan kediaman itu sejak awal pagi tadi.

Kucing yang dikenali sebagai Billy itu tampak mesra ketika diusik petugas media.

Sehingga kira-kira jam 3.50 petang, petugas media masih menunggu di sini bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan pembentukan kerajaan yang dijangka pada hari ini.

Berdasarkan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tiada mana-mana gabungan parti berjaya memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan untuk membentuk kerajaan.