Letupan gas di Iraq ragut empat nyawa, 26 cedera

in Global by

Sekurang-kurangnya empat maut dan 26 cedera dalam kejadian letupan gas di wilayah Duhok, Iraq. Foto 123RF

DUHOK – Sekurang-kurangnya empat maut dan 26 cedera dalam kejadian letupan gas di sebuah kedai roti yang terletak di asrama pelajar di wilayah Duhok, Iraq, kata pihak berkuasa kesihatan pada Selasa.

Pegawai kesihatan Kerajaan Wilayah Kurdish Iraq (KRG) berkata, mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital, lapor Agensi Anadolu.

Minggu lalu, satu letupan berlaku di sebuah rumah di wilayah Sulaymaniyah, utara Iraq berpunca daripada kebocoran gas yang meragut 15 nyawa manakala 12 lagi cedera. – Bernama