Muhyiddin selesai menghadap Agong

in Nasional by

Kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat keluar dari Istana Negara pada jam 5.10 petang. (Gambar kecil: Muhyiddin Yassin)

SHAH ALAM – Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tiba di kediamannya di Kuala Lumpur pada jam 5.15 petang pada Selasa.

Sebelum itu, Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Muhyiddin telah dipanggil ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 4.30 petang tadi.

Yang di-Pertuan Agong, sebelum ini memaklumkan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda menitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) menghadap pada jam 4.30 petang ini di lstana Negara.