PN Perak belum putuskan ketua pembangkang

in Edisi by

Razman

IPOH – Perikatan Nasional (PN) Perak belum memutuskan siapakah akan mengepalai ketua pembangkang negeri itu selepas ini.

Timbalan Pengerusi PN Perak, Razman Zakaria berkata, segala keputusan berkenaan akan dibuat dalam mesyuarat pada satu tarikh yang diputuskan kelak.

“Kita tak tahu (ketua pembangkang Perak). Biarlah mesyuarat akan menentukan nanti,” ujarnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Ditanya sama ada wakil PN atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipilih sebagai ketua pembangkang, Razman juga menyerahkan kepada mesyuarat pucuk pimpinan.

Sementara itu, diminta mengulas gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan negeri Perak semalam, Razman menyatakan mereka tetap berpegang kepada prinsip perjuangan.

“Terpulang kepada UMNO yang bergabung dengan PH, kami tetap ada prinsip,” katanya.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diumum pada Sabtu menyaksikan PH berjaya menenangi 24 kerusi dan BN sembilan kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 26 kerusi.

Selepas PRU14 lalu, pentadbiran kerajaan Perak yang diwakili 59 kerusi DUN telah bertukar sebanyak tiga kali.