PN umumkan calon DUN Tioman esok

in Politik by

Andansura

KUANTAN – Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai calon baharu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman bagi menggantikan calonnya, Md Yunus Ramli yang meninggal dunia pada pagi Sabtu.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Andansura Rabu berkata, calon yang dipilih daripada parti Islam itu adalah anak tempatan.

“Kita sudah putus calon baharu dan pengumuman untuk memperkenalkan calon akan dibuat esok (Rabu).

“Apa yang boleh saya kongsikan setakat hari ini, calon itu adalah orang tempatan di kawasan itu dan pengundi di DUN Tioman sudah biasa dengan beliau,” katanya secara ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Pada Sabtu lalu, kerusi DUN Tioman ditangguhkan selepas Md Yunus Ramli meninggal dunia di Hospital Rompin akibat komplikasi jantung.

Susulan itu, SPR mengumumkan Pilihan Raya Umum di DUN Tioman akan diadakan pada 7 Disember depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, penamaan calon bagi PRU kerusi terbabit ditetapkan pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan.

Allahyarham Md Yunus sebelum ini dijadualkan memberi saingan kepada empat lagi calon yang bertanding di kerusi itu iaitu calon bebas, Sulaiman Bakar; Osman Bakar dari Parti Perjuang Tanah Air, Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan penyandang kerusi terbabit, Datuk Seri Mohd Johari dari BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).