Covid-19: 2,516 kes baharu, 11 kematian direkodkan

in Koronavirus by

Sebanyak 2,516 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan tiga daripadanya merupakan kes import. -Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 2,516 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Ia menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 4,971,936 kes sejak pandemik Covid-19 bermula.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak 11 kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dan tujuh kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini sebanyak 36,620 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 27,003 kes, dengan 25,071 atau 92.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala seramai 1,839 pesakit ditempatkan di hospital dengan 93 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).