Anwar bergerak ke Istana Negara

in Nasional by

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Tambun dilihat keluar jam 4 petang diiringi oleh polis pengiring.

KAJANG – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan kediamannya di sini dipercayai menuju ke Istana Negara bagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Tambun itu dilihat keluar jam 4 petang diiringi oleh polis pengiring.

Anwar, 75, yang memakai baju Melayu hitam sebelum itu sempat melambaikan tangan kepada pemberita dan penyokong yang menunggu di hadapan rumahnya.

Terdahulu, seawal jam 8 pagi petugas media berkampung di kediamannya dekat sini bagi melaporkan perkembangan terkini situasi semasa politik tanah air.

Pada Khamis, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan pada jam 5 petang ini di lstana Negara.