Anwar perlu kemuka bukti dapat sokongan majoriti

in Politik by

Muhyiddn pada sidang akhbar di ibu pejabat PN pada Khamis.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengemukakan keabsahan mempunyai sokongan majoriti daripada ahli-ahli Dewan Rakyat melantiknya sebagai Perdana Menteri ke-10

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bukti tersebut penting bagi mengelak keraguan dan memastikan proses pelantikan itu berpandu kepada Perlembagaan.

“Demi keyakinan rakyat akan keabsahan Anwar sebagai Perdana Menteri, adalah sewajarnya beliau membuktikan mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Ini hendaklah dibuktikan melalui proses yang telah ditetapkan oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dalam surat bertarikh 20 November 2022, iaitu dengan mengemukakan surat-surat akuan berkanun majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PN pada Khamis.

AKAN MENYUSUL