Anwar tiba di Istana Negara ditemani Wan Azizah

in Nasional by

Kenderaan jenis BMW berwarna hitam yang membawa Anwar tiba di Pintu 1, lstana Negara kira-kira jam 4.32 petang Khamis.

KUALA LUMPUR – Kenderaan jenis BMW berwarna hitam yang membawa bakal Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pintu 1, lstana Negara kira-kira jam 4.32 petang tadi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dijadualkan mengangkat sumpah di lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri pada jam 5 petang ini, di lstana Negara.

Beliau yang segak berbaju Melayu hitam itu ditemani isteri tercinta, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pada Khamis, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

AKAN MENYUSUL