Anwar umum Isnin Cuti Khas

in Berita Semasa by

Anwar umum Isnin Cuti Khas

BERITA SEMASA 24 NOVEMBER 2022

Perdana Menteri yang baharu dilantik, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin sebagai cuti kelepasan am, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhammad Adnan.

Perkara itu dimaklumkan olehnya pada sidang akhbar pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Datuk Seri Anwar selesai mengangkat sumpah di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara, jam 5.30 petang.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Artikel: https://bit.ly/3u0iLb7

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#sinarharian #beritasemasa #PRU15 #perdanamenteri