Laporan Hishammuddin ditawar jawatan PM tidak benar

in Politik by

Hishammuddin

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Laporan yang mendakwa Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ditawarkan jawatan Perdana Menteri adalah tidak benar.

Hishammuddin berkata, beliau tidak terlibat dengan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak.

“Saya tidak sesekali terlibat dalam sebarang rundingan, sama ada dengan Perikatan Nasional, mahupun Pakatan Harapan.

“Saya tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan,” katanya menerusi satu hantaran di akaun instagramnya.

Pada Rabu, dua buah blog melaporkan Hishammuddin ditawarkan jawatan tersebut jika Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan.

Sementara itu, satu sumber menjelaskan, laporan itu telah disiarkan oleh dua buah laman blog yang mempunyai agenda tertentu.

“Perjuangan Datuk Seri Hishammuddin amat jelas bahawa beliau mahu melindungi kepentingan dan masa depan parti.

“Jadi tindakan dua portal ini yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan tersebut adalah tidak benar,” katanya kepada Sinar Harian.