UMNO sokong kerajaan perpaduan bukan diterajui PN

in Politik by

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya BN menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang bukan diterajui Perikatan Nasional (PN).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat MKT UMNO malam ini, mereka juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mematuhi dan menerima sebarang bentuk kerajaan perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal diperkenankan oleh Tuanku.

“MKT memperkukuhkan sokongan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus kekal sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO,” kata kenyataan itu.