Perancis tagih bisa Mbappe

in Sukan by

Kelincahan Mbappe (kanan) menjadi taruhan Perancis pada aksi kedua Kumpulan D menentang Denmark dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad. – Foto EPA

JURULATIH Perancis, Didier Deschamps sekali lagi menagih sentuhan ayam tambatan, Kylian Mbappe pada aksi kedua Kumpulan D menentang Denmark dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad.

Kelincahan dan ketangkasan bintang Paris Saint-Germain ketika Perancis menewaskan Australia 4-1 pada aksi pertama lalu mendapat pujian Deschamps.

Deschamps berkata, Mbappe mungkin menjaringkan satu gol tetapi dia merupakan watak penting sepanjang perlawanan ketika menentang Socceroos Rabu lalu.

Aksi lincah Mbappe turut mendapat pujian Vincent Kompany menjaringkan gol pada final Piala Dunia 2018 ketika Perancis menewaskan Croatia dan pengendali Les Bleus, Deschamps yakin Mbappe mampu menyinar sekali lagi.

“Kylian (Mbappe) sudah tentu antara pemain terbaik di dunia dan berasa sangat yakin dan anda boleh melihatnya ketika dia beraksi.

“Saya tahu dia sudah bersedia hadapi Piala Dunia itu. Ini kejohanan dia. Saya mempunyai banyak penyerang lain tapi Mbappe sudah tentu paling menyerlah,” katanya

Deschamps turut mengagumi ketajaman penyerang veteran Olivier Giroud yang mencecah usia 36 tahun.

Dia meledak dua gol ketika menentang Australia sekali gus menyamai rekod milik Thierry Henry sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis dengan 51 jaringan.

“Saya tak tahu sama ada dia benar-benar memikirkan rekod itu. Dia kekal fokus apa dilakukan di atas padang dan sangat efektif,” kata Deschamps.

Giroud hanya disenaraikan selepas penyerang Real Madrid dan pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema mengalami kecederaan.