Ahli Parlimen Sekijang usaha percepat bantuan mangsa ribut

in Edisi by

Dr Zaliha bertemu dengan seorang mangsa ribut selepas melakukan tinjauan di rumah penduduk yang rosak akibat ribut di Felda Redong, Segamat, pada Khamis.Antara rumah yang rosak bahagian bumbung selepas diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut di Felda Redong, Segamat, pada Khamis.Dr Zaliha melakukan tinjauan di rumah penduduk yang rosak dipukul ribut di Felda Redong, Segamat.

SEGAMAT – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak Felda sedang mengenal pasti anggaran kerosakan dialami lebih 50 buah rumah di Felda Redong di sini akibat dipukul ribut pada Khamis.

Ahli Parlimen Sekijang, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya turut menghubungi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi mendapatkan bantuan segera yang boleh disalurkan untuk meringankan beban mangsa.

“Saya amat berbesar hati dengan agensi lain yang turut serta memainkan peranan masing-masing. Dalam masa yang terdekat ini Pejabat Ahli Parlimen Sekijang akan mengaturkan pertemuan dengan semua agensi yang terlibat.

“Ini untuk berbincang agar segala birokrasi dapat dikurangkan demi mempercepatkan bantuan sampai kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

**media[2000850]**

Dalam kejadian yang berlaku jam 3.30 petang, Khamis, lebih 50 rumah penduduk rosak selepas bumbung diterbangkan angin kencang termasuk di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Redong 3.

Kejadian tersebut turut menyebabkan kerosakan beberapa buah kereta yang diletakkan di garaj selepas dihempap kayu dan zink.

Dr Zaliha berkata, menerusi tinjauan dilakukan di rumah mangsa, tahap kemusnahan dan peralatan rumah dialami berbeza-beza.

Pada masa samam beliau bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

“Pasukan Pakatan Harapan Sekijang telah lebih awal turun ke lapangan untuk meninjau suasana dan menghulurkan bantuan awal,” ujar beliau.

**media[2000849]**