Covid-19: 3,024 kes baharu, 8 kematian

in Khas by

Malaysia merekodkan sebanyak 3,024 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. – Foto Bernama

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan sebanyak 3,024 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan tujuh daripadanya merupakan kes import menjadikan keseluruhan kes aktif sebanyak 26,903.

Portal KKMNOW melaporkan sebanyak 92 peratus atau 24,752 kes merupakan individu yang dikuarantin di rumah, manakala 10 lagi berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data tersebut turut menyatakan bahawa sebanyak 2,049 kes Covid-19 menerima rawatan di hospital dengan 92 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, kes sembuh yang direkodkan pada Jumaat adalah sebanyak 2,969 menjadikan kumulatif berkenaan adalah 4,917,827.

Pada masa yang sama, negara juga turut mencatatkan lapan kematian terbaharu dengan dua daripadanya merupakan kematian luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).