BN nafi surat tular calonkan Mohamad Hasan sebagai TPM

in Politik by

BN nafi surat tular calonkan Mohamad Hasan sebagai TPM

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) menafikan kenyataan tular di media sosial yang menamakan Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri untuk gabungan parti berkenaan.

Kenyataan menggunakan kepala surat BN itu kononnya dikeluarkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan menyenaraikan empat Ahli Parlimen BN untuk pertimbangan dilantik dalam Kabinet.

Selain jawatan Timbalan Perdana Menteri, Mohamad dinamakan sebagai calon Menteri Dalam Negeri.

Nama yang terdapat dalam surat tular itu adalah Datuk Seri Johari Ghani (Menteri Kewangan); Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Hal Ehwal Undang-undang); Datuk Mohamed Khaled Nordin (Menteri pelajaran) dan Datuk Mohamad Alimin (Menteri Kerja Raya).

Kenyataan tular itu juga memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ‘statutory declaration’ (SD) bersyarat daripada 30 Ahli Parlimen BN.

Sementara itu, Zambry membuat penafian di Facebooknya dengan memuat naik kenyataan tular tersebut.

“Banyak sangat berita palsu,” katanya.