GRS, Warisan sokong Kerajaan Perpaduan: Anwar

in Politik by

Kunjungan hormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan delegasi Gagasan Rakyat Sabah (GRS) di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada AhadAnwar turut menerima kunjungan hormat daripada Presiden Parti Warisan yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor telah menzahirkan sokongan penuh terhadap Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya.

Menurut Anwar, seluruh anggota kepimpinan parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Hajiji juga mendukung perkara sama.

“Menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan delegasi Gagasan Rakyat Sabah (GRS) di pejabat petang ini.

Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan GRS memberi dukungan penuh kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan saya.

“Saya tentunya mengalu-alukan dan menghargai dukungan tersebut demi kepentingan kerajaan negeri dan kesejahteraan buat rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan ringkas di media sosial susulan berlangsungnya pertemuan berkenaan di Pejabat Perdana Menteri Putrajaya, pada Ahad.

**media[2002401]**

Sementara itu, beliau turut menerima kunjungan hormat daripada Presiden Parti Warisan yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Saya mengalu-alukan komitmen beliau dan Warisan yang menyokong usaha pembentukan dan kestabilan Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat Sabah,”katanya.

Hajiji Noor dilapor menegaskan, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat sebarang tuntutan kepada Anwar.

Beliau sebaliknya menyatakan, sokongan perlu diberikan kepada Anwar dalam menerajui Kerajaan Perpaduan yang baru dibentuk.