Helikopter terhempas di Korea selatan, dua dikhuatiri maut

in Global by

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pihak berkuasa di Korea Selatan.
SEOUL – Sebuah helikopter terhempas berhampiran kuil Buddha di daerah Yangyang di wilayah Gangwon, Korea Selatan, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Yonhap.

Dua dikhuatiri maut dalam nahas yang berlaku kira-kira 10.50 pagi waktu tempatan (01:50 GMT) pada Ahad, memetik pegawai bomba.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. – Bernama