'Saya akan berjuang hingga ke titisan darah terakhir'

in Global by

Penyokong Imran berkumpul di Rawalpindi bagi menggesa pilihan raya segera diadakan di negara tersebut. – Foto AFP

RAWALPINDI – Bekas Presiden Pakistan, Imran Khan memberitahu puluhan ribu penyokongnya bahawa beliau akan berjuang ‘sehingga titisan darah terakhir’ semasa menyampaikan ucapan pertama selepas ditembak dalam cubaan membunuhnya pada awal bulan ini.

Perhimpunan berlangsung pada Sabtu itu dianggap kemuncak ‘perarakan panjang’ oleh Parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) bagi menekan kerajaan mengadakan pilihan raya mengejut sebelum penggal Parlimen yang tamat pada Oktober depan.

“Saya telah melihat kematian dari dekat,” kata Imran yang berjalan terhinjut-hinjut sambil memakai tongkat ketika berucap hadapan penyokongnya di sebalik kaca kalis peluru.

“Saya lebih bimbangkan mengenai kebebasan Pakistan berbanding nyawa saya dan akan berjuang kepada negara ini sehingga titisan darah terakhir,” tambah Imran.

Pehimpunan paling ramai dan padat telah berlangsung di lebuh raya Rawalpindi, sebuah bandar berhampiran Islamabad yang juga merupakan pusat pentadbiran tentera.

Insiden tembakan terhadap Imran dianggap perubahan terbaru dalam kemelut politik yang bermula sejak April lalu selepas Imran digulingkan dalam undi tidak percaya di Parlimen. – AFP