2,022 kes baharu Covid-19, empat kematian

in Khas by

Petugas Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan proses penandaan sampel ujian saringan Covid-19. – Foto fail Bernama

SHAH ALAM – Sebanyak 2,022 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak empat kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan.

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,652 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 27,207 kes, dengan 25,117 atau 92.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,989 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 101 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 53 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Ahad ialah 1,819 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,922,435 kes.