Amaran hujan berterusan di empat negeri esok

in Nasional by

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada. (Gambar hiasan) – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di empat negeri bermula Selasa hingga 3 Disember.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan negeri terlibat ialah Terengganu dan Kelantan membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Selain itu ialah Pahang, merangkumi kawasan Jerantut, Kuantan dan Pekan manakala Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat. – Bernama