Bentuk kabinet selepas ambil pandangan semua parti kerajaan

in Nasional by

Anwar ketika ditemu bual selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, pada Isnin. – Foto Bernama

PETALING JAYA – Pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan akan dibuat secepat mungkin selepas mengambil kira pandangan daripada semua parti dalam kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, perkara itu harus diteliti memandangkan saiz kabinet dalam kerajaan perpaduan akan dikecilkan.

“Seperti mana saya sebut, tidak seperti biasa, kerajaan perpaduan ini melibatkan lapan parti.

“Kalau dulu (kerajaan terdahulu) masuk (lantik) 50, 60 (ahli Kabinet) okay saja…tak cukup lagi, (lantik pula) duta dan penasihat khas. Saya tidak sanggup buat begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PKR, di sini pada Isnin.

AKAN MENYUSUL