Helikopter polis terhempas di Indonesia, satu mayat ditemukan

in Global by

Foto Polis Indonesia

JAKARTA – Pasukan penyelamat menemukan satu mayat setakat ini dalam insiden helikopter polis terhempas di Kepulauan Bangka Belitung, sehari selepas pesawat itu terputus hubungan.

Helikopter itu membawa empat penumpang dan misi mencari masih diteruskan di pantai timur Pulau Belitung untuk mengesan mangsa yang masih hilang.

Pesawat itu berlepas pada Ahad dari wilayah Kalimantan Tengah menuju ke wilayah Kepulauan Bangka Belitung apabila ia terputus hubungan akibat cuaca buruk.

“Penyelamat menemukan mayat di perairan Manggar pagi Isnin,” kata jurucakap polis Bangka Belitung A. Maladi dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, nelayan di kawasan itu menemukan tiga headrest dengan lambang pasukan operasi udara polis Indonesia pada Ahad petang. – Bernama