Turkiye mungkin jalin semula hubungan diplomatik dengan Syria

in Global by

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan. – Agensi

ANKARA – Presiden Reccep Tayyip Erdogan tidak menolak kemungkinan Turkiye akan menjalin semula hubungan diplomatik dengan Syria.

Menurut Erdogan, perkara itu boleh dicapai dengan cara yang sama seperti mana Turkiye memulihkan hubungannya dengan Mesir.

Sama seperti hubungan Turkiye-Mesir, hubungan Ankara-Damsyik juga boleh dipulihkan.

“Tiada ruang untuk permusuhan dalam politik,” ujar Erdogan.

Hubungan Ankara dengan Damsyik terjejas susulan tindakan keras rejim Presiden Bashar al-Assad terhadap penentang pada 2011.

Erdogan pada waktu itu menyifatkan Bashar sebagai pembunuh dan Ankara hanya berhubung dengan Damsyik menerusi pihak ketiga iaitu Rusia dan Iran.

Hubungan antara Turki dan Mesir memasuki era baharu selepas pertemuan Erdogan dan Presiden Abdel Fattah el-Sisi di Qatar baru-baru ini.

Pertemuan itu menamatkan perbalahan diplomatik antara Ankara dengan Kaherah sejak 2013.

Sebelum ini, hubungan antara kedua-dua buah negara terputus selepas Abdel Fattah menggulingkan Presiden Mohammed Morsi yang dipilih melalui proses demokrasi. – Agensi