Agong berkenan menerima menghadap Anwar

in Nasional by

Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, petang Selasa. – Foto: FB Istana Negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, petang Selasa.

Menerusi catatan di Facebook rasmi Istana Negara, sesi menghadap bermula jam 5 petang itu adalah yang pertama kali buat Anwar sejak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada Khamis lepas.

Pada 24 November lepas, Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10 kepada Ahli Parlimen Tambun itu.

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia selepas Seri Paduka memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu yang berkenan berangkat menghadiri Perbincangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Negara pada hari sama, bagi membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.- Bernama