Covid-19: 2,465 kes baharu, lima kematian

in Koronavirus by

KKM merekodkan sebanyak 2,465 kes baharu Covid-19 pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import. Foto 123RF

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 2,465 kes baharu Covid-19 pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 4,950,315.

Menurut portal KKMNOW, lima kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan dan dua daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,657.

Terdapat 92 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 51 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.