Menteri perlu hormati pegawai perkhidmatan awam: PM

in Nasional by

Anwar (tengah) hadir pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Perdana Putra hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA – Bakal menteri yang akan dilantik menganggotai kabinet Kerajaan Perpaduan perlu menghormati setiap pegawai perkhidmatan awam terutamanya mereka yang berpengalaman dalam pengkhususan masing-masing.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kejayaan yang dicapai oleh seorang menteri adalah hasil daripada tonggak penjawat awam.

“Saya nasihatkan kepada rakan-rakan yang bakal dilantik agar menghormati proses itu,” katanya dalam ucapan Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, pada Selasa.

AKAN MENYUSUL