KK Super Mart galak golongan muda sertai seni bela diri

in Edisi Selangor KL by

Steven Lee (empat dari kanan) dan Sithambara (empat dari kiri) bersama tenaga pengajar dan penerima sijil anugerah pada majlis makan malam persatuan.

SHAH ALAM – Syarikat peruncitan, KK Super Mart memberikan galakan kepada Persatuan Karate Do Goju Kai Selangor untuk memberikan pendedahan kepada golongan muda di Selangor mempelajari seni bela diri.

Presiden Persatuan Karate Do Goju Kai Selangor, Yondan J Sithambaram berkata, usaha itu juga berjaya mengangkat nama persatuan apabila memenangi beberapa siri pertandingan di peringkat antarabangsa.

Katanya, antara pencapaian berjaya diraih persatuan seni bela diri itu ialah memenangi tiga pingat emas di Filipina, empat pingat emas di Singapura dan 10 pingat emas di India dalam siri pertandingan sebelum ini.

Menurut Sithambaram, KK Super Mart menyalurkan tajaan pada setiap tahun sama termasuk penganjuran pertandingan dengan harapan sukan seni mempertahankan diri ini dapat menarik minat lebih ramai kanak-kanak dan anak-anak muda.

“Usaha begini terbukti berjaya apabila beberapa siri kejohanan yang dianjurkan pada 2019 juga telah menerima 457 penyertaaan berbanding tahun sebelumnya hanya berjumlah 334 peserta.

“Sungguh luar biasa kerana penyertaan setiap tahun terus meningkat malah melibatkan peserta dari negara luar seperti Thailand, India, Nepal, Sri Langka, Indonesia, Singapura dan Malaysia sendiri.

“Penganjuran kejohanan di peringkat kebangsaan ini juga dilihat mempunyai nilai dan standard tersendiri dengan adanya sokongan Pengerusi Eksekutif KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai,” katanya pada Majlis Makan Malam Tahunan Ke Lima persatuan itu di Dewan Kajang Mewah.

Hadir sama, Pengurus Kanan Kawalan Operasi Perniagaan KK Super Mart, Steven Lee.

Antara penganjuran diadakan ialah Kejohanan Karate Antara Sekolah-Sekolah, Kejohanan Karate Plaza Metro Kajang PMK, Kejohanan Karate Amerin Mall dan Kejohanan Karate Do Peringkat Antarabangsa KK Championship.

“Malah persatuan ini juga aktif mengadakan seminar karate sempena Hari Sukan Negara dan majlis makan malam ini diadakan bagi meraikan semua ibu bapa dan ahli termasuk penaja, KK Super Mart,” kata Yondan.

Sebarang pertanyaan berkaitan Persatuan Karate Do Goju Kai Selangor boleh menghubungi Yondan J. Sithambaram di talian 016-386 8273 atau Sensei S. Prabaharen 010-366 6312.