PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

December 2022

Pemandu tular potong garisan berkembar dipanggil beri keterangan

in Berita Semasa by

Tangkap layar klip video yang memaparkan pacuan empat roda dipercayai memotong garisan berkembar di jalan lama Bentong-Kuala Lumpur pada Sabtu.

BENTONG – Polis akan memanggil pemandu pacuan empat roda untuk memberikan keterangan susulan tular klip video memaparkan kenderaan itu dipercayai memotong garisan berkembar di jalan lama Bentong-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, tindakan itu diambil selepas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong telah menjalankan siasatan awal untuk mengesan pemandu tersebut.

Menurutnya, klip video berdurasi 31 saat tular di satu laman Facebook yang dimuat naik oleh seorang lelaki warganegara tempatan.

“Semakan awal mendapati kenderaan tersebut memiliki empat kesalahan trafik lampau antaranya adalah memandu laju.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda maksimum RM15,000,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu Zaiham memohon mana-mana pihak yang melihat kejadian yang melanggar undang-undang jalan yaya untuk tampil memberi maklumat.

“Pihak polis juga menasihati pemandu terbabit supaya hadir ke pejabat BSTPD Bentong bagi membantu siasatan,” ujar beliau.

Penonton maut dirempuh kereta di litar

in Berita Semasa by

Tangkap layar memaparkan dua kereta bergesel lalu terbabas dalam acara permotoran di Kampunh Gajah. Foto: Ihsan pembaca

PASIR SALAK – Seorang lelaki maut akibat dirempuh kereta yang terbabas di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah di sini pada Sabtu.

Rakaman kejadian yang tular di media sosial memaparkan dua buah kereta yang sedang berlumba dalam acara permotoran bergesel hingga menyebabkan salah sebuah kereta berkenaan terbabas.

Kejadian itu menyebabkan beberapa individu yang berada di tepi litar segera lari menyelamatkan diri namun mangsa parah akibat rempuhan berkenaan.

Beberapa orang penonton kemudian dilihat bergegas untuk memeriksa keadaan mangsa sebelum ambulans tiba untuk memberikan bantuan.

Difahamkan, mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Pencemaran bau: LRA Sungai Semenyih dihenti tugas

in Edisi by

Info grafik mengenai henti tugas LRA Sungai Semenyih berikutan pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pada Sabtu.Laporan Sinar Harian.

SHAH ALAM – Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas sementara berikutan pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pada Sabtu.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan, henti tugas sementara itu dilakukan pada jam 7 malam.

Menurut kenyataan itu, kawasan-kawasan yang dijangka terkesan akan dimaklumkan kelak.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

**media[2041234]**

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan berlaku pencemaran bau di lokasi pemantauan statik 1.5 kilometer (km) daripada muka sauk Jenderam Hilir pada jam 6.30 petang Sabtu.

Kejadian Pencemaran bau di muka sauk itu sekali lagi berlaku dalam tempoh seminggu selepas masalah sama menyebabkan LRA Sungai Semenyih dan Sungai Tampoi terpaksa dihenti tugas pada 24 Disember lalu.

Pencemaran bau: LRA Sungai Semenyih dihenti tugas

in Edisi Selangor KL by

1 2 3 880
Kembali UTAMA