Bank Rakyat tawar kadar keuntungan terendah di pasaran

in Bisnes by

Nizam Sani. – Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

SHAH ALAM – Sempena hujung tahun 2022, Bank Rakyat menerusi produk Pembiayaan Peribadi-i menawarkan kadar keuntungan 2.15 peratus setahun yang mana jauh lebih rendah berbanding ditawarkan di pasaran semasa.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasinya, Nizam Sani berkata, kadar istimewa ini ditawarkan kepada pelanggan yang membuka akaun baharu Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat bermula 1 hingga 30 Disember 2022 tanpa sebarang jumlah minimum pembiayaan.

“Lebih menarik lagi, sekiranya pelanggan baharu membuat pembiayaan melebihi jumlah minimum RM50,000 sepanjang 1 hingga 30 Disember 2022, mereka berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan berjumlah keseluruhan lebih RM370,000.

“Hadiah ini juga ditawarkan kepada pelanggan sedia ada yang membuat pembiayaan semula melebihi RM50,000 pada tempoh yang sama,” katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Khamis.

Tambah Nizam, antara 14 hadiah eksklusif yang bakal dimenangi oleh pemenang bertuah termasuk dua buah kereta Honda HRV, dua buah motosikal Yamaha LC dan 10 unit telefon pintar iPhone 14.

Menurutnya, pemenang akan dimaklumkan selepas promosi tamat menerusi pusat panggilan, emel atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat.

Dalam pada itu katanya, kadar promosi yang ditawarkan menjelang musim cuti hujung tahun ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan kewangan pelanggan, malah memberi penjimatan serta lebihan tunai kepada mereka untuk menguruskan perbelanjaan peribadi sebagai persiapan tahun baharu.

“Kadar promosi ini juga menampilkan kelainan berbanding tawaran kempen Bank Rakyat sebelum ini kerana menawarkan kadar terendah yang belum pernah ditawarkan,” ujarnya.

Katanya, tawaran ini menyasarkan warganegara Malaysia bekerja di sektor awam dan swasta sebagai salah satu inisiatif dalam menggalakkan masyarakat untuk mendapatkan kemudahan kewangan daripada institusi perbankan sah dengan menawarkan kadar keuntungan yang kompetitif.

“Promosi ini terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada Bank Rakyat dari sektor awam, swasta dan pesara warganegara Malaysia serta memohon produk Pembiayaan Peribadi-i,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan berhampiran, melayari laman sesawang di www.bankrakyat.com.my, pusat panggilan di talian 1300 80 5454 dan media sosial rasmi Bank Rakyat.