Cabaran Mexico di Qatar 2022 berakhir

in Sukan by

Pemain Mexico, Hirving Lozano (kiri) diasak pemain Arab Saudi semasa perlawanan Kumpulan C Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail, Lusail. – Foto EPA

CABARAN Mexico di Piala Dunia Qatar 2022 terhenti di pusingan pertama biarpun berjaya mengatasi cabaran Arab Saudi 2-1 dalam perlawanan di Stadium Lusail.

Henry Josue Martin yang beraksi buat kelab sensasi liga Mexico, America terlebih dulu meletakkan anak buah Gerardo Martino di depan pada minit ke-47′.

Sebelum bintang kelab liga Mexico, Pachuca, Luis Gerardo Chavez melebarkan kedudukan dengan gol pada minit ke-52′

Arab Saudi kemudian merapatkan defisit dengan gol masa kecederaan jaringan pemain sayap kelab Al Hilal, Salem Aldawsari pada minit ke-95′.

Biarpun Mexico melakar kemenangan ke atas Arab Saudi, namun gagal memastikan kemaraan El Tri itu untuk mara ke pusingan 16 terbaik selepas dibezakan jaringan gol dengan pesaing terdekat Poland.

Untuk rekod, Mexico telah mara ke peringkat 16 terakhir dalam setiap tujuh Piala Dunia sebelum ini sejak 1994.

Malah El Tri melepasi peringkat kumpulan dalam setiap Piala Dunia yang disertai selepas 1978, namun ketumpulan penyudah ketika berdepan Poland dan Argentina sebelum ini menamatkan rentetan pencapaian mengagumkan tersebut.