Perancis tewas mengejut kepada Tunisia

in Sukan by

Antara aksi Perancis menentang Tunisia pada aksi terakhir kumpulan D. – Foto EPA

HASRAT Perancis untuk merekodkan kemenangan bersih di peringkat kumpulan tidak kesampaian selepas tewas mengejut kepada Tunisia dalam aksi terakhir kumpulan D Piala Dunia Qatar 2022.

Bagaimanapun, kekalahan tersebut langsung tidak menjejaskan peluang Les Bleus apabila menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan pertama Kumpulan D dengan mengutip enam mata dari tiga perlawanan hanya dibezakan dengan jaringan gol dengan pasukan berada di kedudukan kedua, Australia.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Education City, Perancis yang membuat sembilan pertukaran dibayangi prestasi hambar pada babak pertama sekali gus menyaksikan tiada gol berjaya dihasilkan.

Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Tunisia untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-58 menerusi Wahbi Khazri.

Tunisia hampir menangguhkan kejayaan mereka ketika jaringan Antoine Griezmann pada masa kecederaan.

Perancis di kedudukan teratas dengan perbezaan gol dan akan bertemu naib juara Kumpulan C dalam saingan 16 terakhir pada Ahad.