PH Negeri Sembilan terbuka kerjasama dengan BN

in Politik by

Aminuddin Harun

PORT DICKSON – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terbuka untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, soal itu akan diputuskan oleh pemimpin utama PH.

“Kita akur dengan arahan dan kita akan ikut apa juga keputusan yang dibuat pihak pimpinan utama parti.

“Untuk saya tiada masalah dan nampaknya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung minggu ini pun ia dalam keadaan aman dan damai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penutup MSAM 2022 di sini pada Rabu.

Dalam pada itu ditanya sama ada nama beliau berada dalam senarai menteri kabinet, Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, beliau merasakan namanya tiada dalam senarai berkenaan.

“Saya pun tak tahu bila ia akan diumumkan. Saya pun ada jumpa dengan Perdana Menteri tadi (Rabu), tapi tiada ‘hint’ kata esok atau lusa.

“Tapi rasanya minggu ini akan selesai,” katanya.