RFC Grand Final berentap di Bera

in Edisi Pahang by

Antara aksi dan kemahiran yang dipamerkan oleh peserta. – Foto Ihsan PenganjurPelepasan peserta disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Kerayong,Bera pada Rabu.- Foto Ihsan Penganjur

BERA – Peminat sukan lasak di negeri ini berpeluang menyaksikan kehebatan acara ‘off-road’ di Bera menerusi Rainforest Challenge (RFC) Grand Final 2022 yang berlangsung selama 10 hari bermula 26 November hingga 8 Disember ini.

Dua tahun menyepi akibat pandemik Covid-19, acara kali ini berjaya menarik penyertaan 300 peserta dari dan luar negara termasuk wakil media seperti Itali, United Kingdom (UK), Perancis, Republik Czech, Amerika Syarikat, Ecuador, Thailand, Filipina, Vietnam, Jepun, Indonesia dan Korea Selatan.

Pengarah Operasi Acara RFC 2022, Atan Aris memberitahu, buat julung kalinya acara tersebut dijalankan dalam satu daerah yang sama iaitu Bera.

“Sebelum ini kita buat di beberapa tempat seperti di Kuantan, kemudian berpindah ke Raub dan lain-lain daerah.

“Acara tahun ini ditunggu-tunggu oleh peminat RFC dan sukan lasak yang menyediakan aksi-aksi menarik menggabungkan kemahiran dan ketahanan antara manusia dan jentera,” kata beliau veneu berlangsung dekat Kampung Jelam di sini.

**media[2006765]**

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu RFC diiktiraf sebagai salah satu acara perlumbaan ‘off-road’ paling mencabar di dunia dengan kedudukan ketiga di belakang Baja 1000 dan Dakar Rally.

“Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu R1,R2,R3 dan lite core dan majlis penutup akan dijalankan di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera pada 8 Disember nanti,” katanya.

Sementara itu, acara pelepasan peserta telah disempurnakan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Kerayong pada Rabu.