1,820 peserta meriahkan walkathon ecoBrown’s

in Bisnes by

Beberapa peserta daripada pelbagai kategori mengambil bahagian dalam program Miles with ecoBrown’s 2022.Sebahagian peserta Miles with ecoBrown’s 2022 yang diadakan di Eco Ardence, Setia Alam pada 27 November lepas.Beberapa orang pemenang Miles with ecoBrown’s 2022 bersama hadiah yang dimenangi.

SHAH ALAM – Seramai 1,820 peserta memeriahkan program Miles with ecoBrown’s 2022, acara walkathon yang diadakan di Eco Ardence, Setia Alam pada Ahad lepas.

Serba Wangi Sdn Bhd (Serba Wangi) dalam satu kenyataan berkata, program itu dianjurkan oleh salah satu jenama terkemuka mereka, ecoBrown’s dan ecoBrown’s Steam Brown Rice sempena November sebagai Bulan Diabetes Kebangsaan.

“Program ini dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit diabetes. Ia sejajar dengan objektif ecoBrown’s itu sendiri yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, dengan mengamalkan pemakanan yang bernutrisi kepada para pengguna,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Miles with ecoBrown’s 2022 juga berjaya mengumpul sebanyak RM25,000 untuk didermakan kepada Persatuan Diabetes Malaysia.

**media[2007704]**

“Hasil sumbangan ini diperoleh daripada peserta yang menyertai acara ini dengan rela hati bersempena dengan Bulan Diabetes Kebangsaan pada November,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, program itu menawarkan hadiah kepada pemenang bernilai RM100,000 dan semua peserta yang berjaya menamatkan acara walkathon juga menerima beg cenderahati yang mengandungi Beras Perang Kukus ecoBrown’s, siri minuman ecoBrown’s, baucar diskaun Ogawa dan Celebrity Fitness serta tisu basah anti-bakteria Neutrovis.

**media[2007706]**

“Terdapat lima kategori yang dipertandingkan iaitu 6 kilometer (km) lelaki dewasa, 6km wanita dewasa, 3km lelaki dewasa, 3km wanita dewasa dan juga kategori 3km kanak-kanak yang dipertandingkan untuk kanak-kanak berusia empat hingga 15 tahun.

“Peserta bagi kategori 6km dilepaskan pada jam 8 pagi manakala bagi peserta 3km pula dilepaskan pada jam 8.15 pagi. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori turut membawa pulang medal, sijil digital dan pelbagai hadiah menarik,” kata kenyataan itu.