Ahmad Zahid, Fadillah dinamakan Timbalan Perdana Menteri

in Nasional by

Ahmad Zahid, Fadillah Yusof

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan bersejarah dengan melantik dua Timbalan Perdana Menteri yang membantunya mengemudi Kerajaan Perpaduan.

Seperti yang diramalkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dilantik menjawat jawatan itu.

Ahmad Zahid turut memegang jawatan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Fadilah turut diamanahkan terhadap Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Pengumuman itu dibuat Anwar dalam sidang akhbar sebentar tadi yang turut disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen tempatan.

AKAN MENYUSUL