Covid-19: 2,375 kes baharu, 11 kematian

in Khas by

Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak 2,375 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat termasuk empat kes import dicatatkan.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak 11 kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan dua daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian akibat Covid-19 dalam negara kini sebanyak 36,695 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 24,467 kes, dengan 22,637 atau 92.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,739 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 91 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 57 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Jumaat ialah 2,857 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,933,381 kes.