Croatia lolos, Belgium pulang awal

in Sukan by

Pemain Croatia meraikan kejayaan mara ke peringkat kalah mati.

CROATIA mengesahkan tempat ke saingan kalah mati selepas seri tanpa jaringan dengan Belgium dalam aksi terakhir kumpulan F, Piala Dunia 2022 pada Khamis.

Keputusan itu menyaksikan Croatia menjadi naib juara kumpulan F dengan memungut lima mata dan bakal mengiringi Maghribi yang muncul juara kumpulan.

Manakala, Belgium yang juga pasukan di ranking pertama dunia terpaksa pulang awal selepas sekadar menduduki tempat ketiga peringkat kumpulan.

Ia sekali gus rekod buruk dicatat skuad kendalian Roberto Martinez itu selepas kali terakhir gagal melepasi peringkat kumpulan pada edisi Piala Dunia 1998.