Lelaki kanibal Jepun bunuh, makan rakan meninggal dunia

in Global by

Sagawa (kanan) yang ditahan di Paris selepas membunuh dan makan mayat rakannya. – Agensi

TOKYO – Seorang lelaki yang digelar ‘Kobe Cannibal’ yang membunuh dan memakan seorang pelajar wanita dari Belanda tetapi tidak pernah dipenjarakan telah meninggal dunia ketika berumur 73 tahun.

Issei Sagawa meninggal dunia akibat radang paru-paru pada 24 November, upacara pengebumiannya hanya dihadiri saudara-mara tanpa upacara seperti dirancangkan, kata adik lelakinya dan kawan-kawan menerusi kenyataan.

Pada tahun 1981, Sagawa yang menuntut di Paris menjemput kawannya dari Belanda, Renee Hartevelt ke rumahnya untuk mengulangkaji pelajaran.

Sagawa menembak leher, merogol mangsa dan kemudian memakan mayat wanita itu selama tiga hari.

Selepas itu, dia cuba melupuskan saki-baki mayat di Taman Bois de Boulogne, tempat dia ditangkap.

Pakar psikiatri menganggap Sagawa tidak layak dibicarakan dan ditempatkan di institusi mental di Perancis sebelum dihantar pulang ke Jepun.

Di tanah airnya, Sagawa disahkan waras oleh pihak berkuasa tempatan yang menyebabkan pertuduhan terhadapnya di Perancis telah digugurkan.

Selepas dibebaskan, Sagawa mengaku melakukan jenayah tersebut secara terbuka dan menghasilkan novel bertajuk ‘ In the Fog’ yang menceritkan kisah terperinci mengenai pembunuhan itu. – AFP