Penutup tirai Cub Prix di Batu Kawan

in Sukan by

Saingan kejuaraan Cub Prix menuju ke penutup dengan Batu Kawan menjadi destinasi terakhir bagi musim 2023. – Foto AgensiPengunjung bertuah berpeluang membawa pulang dua buah motosikal pada pusingan penutup musim kejuaraan Cub Prix di Batu Kawan, Pulau Pinang hujung minggu ini.

DUA motosikal bakal menjadi milik pengunjung bertuah pada pusingan penutup musim kejuaraan Cub Prix Malaysia di Batu Kawan, Pulau Pinang hujung minggu ini.

Jentera yang bakal dibawa pulang oleh pengunjung bertuah itu adalah sebuah motosikal Yamaha Y15 dan juga Honda RS-X.

Dua model motosikal itu merupakan yang terhangat di pasaran ketika ini.

Begitupun, jika berhasrat untuk memiliki motosikal tersebut, pengunjung hendaklah membeli Happy Beg Cub Prix yang akan dijual di khemah Happy Bag sepanjang kejuaraan Pusingan 10 Cub Prix di Batu Kawan pada 3 dan 4 Disember.

Beg tersebut yang berisi baju-T edisi khas Cub Prix, minyak pelincir serta pemegang kunci dijual pada harga RM60 dan setiap pembelian untuk satu beg akan diberikan kupon untuk menyertai cabutan bertuah.

Lebih banyak pembelian maka lebih banyak kupon cabutan bertuah akan diberikan dan peluang untuk menang adalah lebih cerah.

Selain motosikal yang menjadi hadiah utama, pelbagai hadiah menarik lain turut disediakan oleh pihak penganjur buat para pengunjung yang bertuah.

**media[2008315]**

Antaranya adalah jaket, topi keledar dan pelbagai hadiah menarik lain.

Pengumuman untuk para pemenang cabutan bertuah Happy Beg Cub Prix ini akan berlangsung jam 4.30 petang pada Ahad.

Selain jualan Happy Beg, satu lagi acara samping iaitu Cabutan Bertuah Khas turut diadakan pada Sabtu (3 Disember) dan para pemenang bakal memenangi pas khas bagi membolehkan mereka melawat kawasan paddock kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Acara lain yang turut diadakan pada pusingan penutup musim kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 adalah perhimpunan K Kar, Carnival Honda dan juga Bike Autoshow.

Cub Prix yang membuka tirai pada Mac lalu, sudah sampai ke kemuncak saingan dan Batu Kawan menjadi venue untuk pusingan penutup tirai, sekali gus mengesahkan siapa yang bakal muncul sebagai pelumba serta pasukan terbaik pada tahun ini.